rencana tentang bahasa rojak…
rencana ini ditulis sebagai maklum balas kepada pendapat "master albino" di Friendster berkenaan bahasa rojak. saya mendapati bahawa rencana beliau merangsang keinginan saya untuk mengemukakan beberapa pendapat.walau bagaimanapun, saya ingin menjelaskan terlebih dahulu bahawa rencana ini tidak bemaksud untuk mengkritik beliau, Bahasa melayu, atau mana-mana pihak yang mungkin akan tersinggung atas pendapat saya.
manusia berhubung sesama sendiri melalui bahasa. bahasa merupakan alat perantaraan sesama manusia untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan. pada pendapat saya,tidak kisahlah biar apa-apa pun bahasa yang diguna, asalkan mesej dapat disampaikan dengan tepat. kadangkala, jika kita tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam sesuatu bahasa untuk menggambarkan perasaan kita atau menerangkan sesuatu situasi, tidak salah rasanya kalau kita menggunakan perkataan lain dari bahasa lain yang kita fahami. takkan kita perlu menghabiskan masa untuk memikirkan perkataan yang satu itu, sedangkan kita mempunyai alternatif untuk menyampaikan mesej tersebut?
saya tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak.akan tetapi, sekiranya fasih bertutur dalam bahasa lain, mengapakah kita perlu menyekat kemampuan diri sendiri untuk bertutur dalam satu bahasa sahaja apabila bercakap? malaysia merupakan negara yang unik kerana terdiri daripada rakyat berbilang bangsa yang mempunyai bahasanya yang tersendiri. dengan kata-kata lain, kita terdedah kepada lebih banyak budaya and bahasa daripada penduduk lain di muka bumi ini. justeru, adalah tidak masuk akal jika kita membandingkan diri kita dengan negara lain yang penduduknya hanya fasih bertutur dalam satu bahasa, seperti russia and german(seperti yang dinyatakan master albino). kebolehan kita untuk bertutur pelbagai bahasa adalah satu kebolehan. mengapa perlu kita merendah-rendahakan diri sendiri and sebaliknya mengagung-agungkan orang lain yang ternyata tidak mampu menandingi kita? Lihatlah bertapa susahnya orang russia bertutur dalam Bahasa Inggeris.
tidakkah kita sedar bahawa Bahasa Melayu sendiri merupakan bahasa yang tidak tulen sepenuhnya.jika kita memahami basaha melayu betul-betul, kita akan mendapati bahawa BM juga meminjam perkataan daripada bahasa lain, seperti bahasa inggeris, bahasa portugis,bahasa arab, bahasa latin dll. hal ini kerana pengasasan BM sejak zaman kesultanan melayu melaka dipengaruhi oleh budaya -budaya lain. pada masa itu melaka merupakan pusat perdagangan terpenting antara timur dan barat and bahasa melayu merupakan lingua franca. oleh itu, campur aduk antara bahasa tidak dapat dielakkan. akan tetapi, hal ini juga menggambarkan perkembangan budaya melayu dan tamadun melayu. Adakah kita ingin menafikan semua itu…..dan sekiranya kita lihat betul betul, bahasa inggeris dan bahasa russia juga mempengaruhi sesama sendiri dan oleh bahasa lain….
percampuradukan bahasa hanya salah satu cara untuk menutupi kelemahan bahasa kita ataupun kelemahan bahasa itu sendiri. tahukah kamu bahawa terdapat banyak perkataan dalam bahasa cina yang tidak dapat digambarkan oleh bahasa melayu sepenuhnya??
tidak pernah saya terdengar "bahasa yang professional"…… professional atau tidak sesuatu pertuturan bergantung kepada orang yang bercakapnya, bukannya bahasa itu sendiri.
gelaran "pencemar bahasa" adalah tuduhan yang sangat berat, terutamanya ke atas seorang seniman yang dedikasi dan menyumbang kepada perkembangan seni di negara kita.
"Bertutur dalam bahasa rojak membuatkan sesuatu
etnik itu tidak unik. Jika saya menaiki komuter dan
seorang mat saleh duduk di sebelah saya,
tentunya saya tidak mahu dia memahami satu
patah perkataan pun yang saya ucapkan. Jika dia
memahami apa yang saya tuturkan dalam bahasa
rojak, bagi mat saleh itu, tentunya orang Melayu
langsung tiada jati diri"
adakah kamu bermaksud bahawa uniknya seusatu etnik itu adalah untuk menutur sesuatu yang tidak dapat difahami oleh etnik lain?? jika kamu tidak bercakap buruk tentang orang lain, mengapa kamu perlu takut jika orang lain memahaminya??
pendapat orang lain tentang bangsa kamu tidak penting. apa yang penting ialah kamu harus bangga dengan bahasa dan bangsa kamu sendiri. jati diri wujud atas penilaian diri terhadap diri sendiri, bukannya orang lain. jika kamu asyik memikirkan yang buruk terhadap diri kamu, dan menganggap bahawa orang lain juga berfikir demikian, kamu memang tidak mempunyai jati diri.
"Bagi saya, saya rasa geli apabila bahasa rojak
dituturkan. Dan apabila bahasa rojak ditulis untuk
menyampaikan sesuatu, hujah-hujah yang
dikemukakan sentiasa goyah dan emosional,
pendapat yang hendak disampaikan seringkali
tidak tepat.
Sebab itulah saya tidak menulis dalam bahasa
rojak."
bahasa rojak juga dapat menggambarkan kemesraan 2 orang kawan. saya berasa aneh jika saya terpaksa mengekalkan tahap "professional" saya jika bercakap dengan seorang kawan. saya akan berasa kekok dan tidak selesa.tidak pula terlintas di fikiran saya bahawa orang lain akan terasa geli jika saya bertutur dengan selesa, walaupun dalam bahasa rojak.
di samping itu, saya juga mendapati beberapa perkataan bahasa inggeris dalam rencana tersebut seperti."profesional", "medium", "sains" ,"metamatik", "elit" dan "emosional". perkataan perkataan tersebut walaupun dieja dalam bahasa melayu, tetapi dipinjam daripada bahasa lain. saya tidak menyalahkan kamu, kerana sesungguhnya, perkataan tersebut adalah paling tepat dalam konteks yang hendak disampaikan.
walaupun demikian, dalam majlis-majlis rasmi, penggunaan bahasa rojak sudah tentulah tidak sesuai. oleh itu, dalam penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan harian kita, janganlah kita lupa bagaimana untuk bercakap dalam bahasa yang asli pula.
sekian, terima kasih.
(pheeewwww, i find that my BM is so deteriorated now….took me so long to write a decent blog in BM)